Ada apa dengan Butik-MyDreams ?


"Apakah hadiah paling berharga yang pernah anda hadiahkan buat si permata hati anda ?"

Hmmm....menyusukan bayi adalah hadiah termahal daripada ibu buat permata hatinya.

Penyusuan dengan susu ibu amat digalakkan kerana ia bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada si permata hati, malahan juga kepada ibu yang menyusukannya. Apabila lahirnya seorang anak, maka adalah menjadi kewajipan kepada bapa si anak itu untuk mencarikan orang yang boleh menyusukan anak tersebut. Manakala seorang ibu pula wajib menyusukan anaknya dengan air susu yang baru keluar dari sejak kelahiran. Di dalam Islam pula, penyusuan anak ini memang telah disyariatkan sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." (Surah Al-Baqarah: 233)


Oleh yang demikian, Butik-MyDreams diwujudkan untuk mengenengahkan fesyen-fesyen terkini untuk ibu menyusu bagi menggalakkan penyusuan susu ibu buat si permata hati yang tersayang...







Copyright 2007 Butik MyDreams
butik_mydreams@yahoo.com

No comments: