Ada apa dengan Butik-MyDreams ?
Tafsirnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." (Surah Al-Baqarah: 233)
Tafsirnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." (Surah Al-Baqarah: 233)
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Esa, kami diberi peluang untuk membuka sebuah butik real (selama ni secara maya sahaja) di Bandar Baru Bangi, Selangor. Butik-myDreams terletak di Seksyen 9, di belakang Pusat Rawatan Islam Az-zahrah dan berhampiran PKNS Bangi.
Butik-myDreams merupakan butik yang menghimpunkan fesyen-fesyen dan aksesori untuk Ibu Mengandung, Ibu Menyusu serta wanita Plus Size. Walau bagaimana pun, kami juga mempunyai koleksi fesyen untuk yang bersaiz S - L, aksesori wanita, tudung, kain, pakaian kanak-kanak dan banyak lagi.
Dengan itu, kami di Butik-myDreams ingin menjemput rakan-rakan semua ke Jualan Pembukaan Butik-myDreams bermula 1 Januari - 6 Januari 2008 (10 am - 9 pm). Pelbagai tawaran hebat menanti anda semua. Insya Allah, memang berbaloi ! Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Jemputlah beramai-ramai ke butik offline kami di Bandar Baru Bangi.
(Butik online mungkin akan ditutup buat sementara waktu untuk memberi peluang kepada kami menyusun atur butik offline. Butik online akan ditutup bermula 28 Disember 2007 - 6 Januari 2008. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku. Butik online akan beroperasi seperti sedia kala bermula 7 Januari 2008. Walau bagaimana pun, segala email/sms/call tetap akan dilayan)
Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan.
Assalamualaikum...
Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan.
Untuk membuat sebarang pesanan :Sila SMS/email kod barangan yang dikehendaki untuk memastikan barangan tersebut masih mempunyai stok atau tidak.
Pihak Butik-MyDreams akan memberitahu butiran barangan tersebut bersama jumlah bayaran.
Sila sahkan barangan yang dikehendaki dengan segera.
Masukkan jumlah bayaran ke dalam Akaun Maybank : 153010472421 (Nurin Hafni)
Akaun CIMB : 03050044800522 (Nurin Hafni)
Sila sahkan bayaran anda kepada kami melalui SMS/email beserta alamat untuk tujuan pengeposan.
Penghantaran akan dibuat setelah bayaran disahkan. Pihak kami akan menghantar SMS/email kepada anda mengenai butiran pengeposan. Butik-myDreams memerlukan tempoh 3 sehingga 5 hari bekerja untuk menguruskan penghantaran anda.
Sila SMS/email kepada kami sekiranya anda sudah menerima atau masih tidak menerima barangan anda.
Kos penghantaran : Untuk semua Koleksi Butik-MyDreams, harga yang dipaparkan adalah tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran yang dikenakan :
Semenanjung Malaysia : RM 5
Sabah/Sarawak : RM 8
Kami menggunakan khidmat penghantaran POS LAJU
Tempahan : Anda boleh melakukan tempahan barangan daripada Butik-MyDreams.
Deposit RM 10 akan dikenakan untuk mengesahkan tempahan anda.
Sekiranya anda membatalkan tempahan anda, wang deposit anda akan dikira hangus.
Tempahan hanya boleh dibuat selama 5 hari sahaja. Selepas 5 hari, wang deposit akan dikira hangus.
Pemulangan : Jika barangan yang diterima mempunyai kerosakan, anda bolehlah memulangkan kembali barangan tersebut kepada kami dalam tempoh 3 hari selepas menerima barangan tersebut.
Sila maklumkan kepada kami berkenaan kerosakan tersebut.
Kos penghantaran akan dikenakan untuk menghantar barangan tukaran.
*Semua syarat adalah sah untuk semua pelanggan/dealers dan tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.
Pengurusan Butik-MyDreams
(013) 224-6693
butik_mydreams@yahoo.com
Skype : butik_mydreams
YM : butik_mydreams
|