Jualan Pembukaan Butik-myDreams



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Esa, kami diberi peluang untuk membuka sebuah butik real (selama ni secara maya sahaja) di Bandar Baru Bangi, Selangor. Butik-myDreams terletak di Seksyen 9, di belakang Pusat Rawatan Islam Az-zahrah dan berhampiran PKNS Bangi.

Butik-myDreams merupakan butik yang menghimpunkan fesyen-fesyen dan aksesori untuk Ibu Mengandung, Ibu Menyusu serta wanita Plus Size. Walau bagaimana pun, kami juga mempunyai koleksi fesyen untuk yang bersaiz S - L, aksesori wanita, tudung, kain, pakaian kanak-kanak dan banyak lagi.

Dengan itu, kami di Butik-myDreams ingin menjemput rakan-rakan semua ke Jualan Pembukaan Butik-myDreams bermula 1 Januari - 6 Januari 2008 (10 am - 9 pm). Pelbagai tawaran hebat menanti anda semua. Insya Allah, memang berbaloi ! Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Jemputlah beramai-ramai ke butik offline kami di Bandar Baru Bangi.

(Butik online mungkin akan ditutup buat sementara waktu untuk memberi peluang kepada kami menyusun atur butik offline. Butik online akan ditutup bermula 28 Disember 2007 - 6 Januari 2008. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku. Butik online akan beroperasi seperti sedia kala bermula 7 Januari 2008. Walau bagaimana pun, segala email/sms/call tetap akan dilayan)

Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan.

No comments: